Saturday, December 16, 2017

move on hampir berjaya, dan hampir gagal


adoi la. baru dua kali break, dia punya dasyat tahap apa taktau. camna la orang yang kapel break kapel break kapel break tu eh.

sejujurnya, hati ay dah kuat keras kukuh dah. eceh. memang ay rasa dah 88% move on. sikit lagi ja nak complete 100%. mana taknya, dah setahun berlalu. sampai bila nak tunggu kan. tapi nak jadikan cerita, satu lagi dugaan mai. tudia la. selalu camtu. bila hati dah keras macam kerak, ada ja yang lembutkan sikit. pastu sakit hati balik sebab nak kena start balik. even tak start dari 0, tapi percentage tu dah kurang jadi 50%. kena put effort lagi. grrrrr!

last week, ay pi hard rock ngan dia. ohhh bukan berdua. bertiga dengan tirah. sebab dia dah janji nak belanja, kena la tunaikan. ay plak belanja guestroom sebab nak balik rumah, live band abis lambat. at that time, i didn’t expect anything to be happened between us. maklumlah, masing-masing dah bawak haluan sendiri. kat ofis pun gitu-gitu ja. tak tegoq sangat macam dulu. feeling? memang takdak langsung la. ay ada lagi la 22%. dia maybe takdak dah. so, tak risau sangat malam tu.

tapi dia pulak buat hal malam tu. haishhhh geram ja. kebetulan kat guestroom tu ada pusat karaoke, kami pun buat gila la. dia la buat gila siap ambik 2jam, dan dia belanja. fyi, ay tak penah masuk karok dengan laki. segan kot nak myanyi depan laki. malu satu, sora tak sedap satu. so ay masuk tumpang dengaq ja la. tapi dipaksa nyanyi and akhirnya ay nyanyi. so, first time karok depan laki. zaman sekolah rendah tu lain la.

yang bestnya, sora dia sedap weiiiiii. ay tak sangka. dulu ay sangat teringin ada laki nyanyi penuh perasaan kat ay. and dia memang nyanyi penuh perasaan, tapi taktau la kat sapa. walaupun lagu-lagu ala heartbroken, tapi kami cool even we are ex. siap duet Baldu Biru lagi. kau rasa? ni baru orang kata dari ex jadi bestfriend. terpaksa wei sebab keja satu ofis. dan dia pulak macam jadi orang lain. kat ofis kemain sombong, time karok kemain hmmmm taktau la. tapi abis kat situ ja. next week pi ofis kembali seperti sedia kala macam takdak apa yang jadi. itu lah lelaki.

yang ay pulak, time karok takdak feelinng. balik rumah dengaq balik lagu dia nyanyi, tangkap feeling. tu yang turun jadi 50% balik tu.huwaaaa dugaan. and i hope that was the last. sayangnya, tidak.

next week, ay kena pi KL. berdua dari penang dengan dia. seat sebelah-sebelah. can u feel me? adoiii nasib baik la kami dah okay sekarang. kalau dak, camna nak buat keja wei? that's what we called professionalism. ay harap dia tak cari pasai runtuhkan dinding yang ay dah bina ni.

-this has been written somewhere in April 2017. baru perasan tak post. so, ay post ja la sebab penat mengarang-

Hello everyone! it means something when i re-public this post. i’m so stressed out with my job now. sumpah tak sabar nak resign.

p/s: hampa yang baca, baca ja nah sorang2. tak payah dok menyampai kat dia, menyampai kat orang. tumbuk kot πŸ‘ŠπŸ»πŸ‘ŠπŸ»πŸ‘ŠπŸ»and i knew who you are after came back from KL😏 fyi, this season 1 ended with reunite. nak tau season 2? haha. tunggu kot2 ada season 3, baru ay share. tapi nampak gaya memang takdak dah la. hahaha

p/s: if u accidentally/someone ask u to read this, jangan marah. ni kan kisah lama kita. u know what i mean.


terima kasih sebab sudi menjenguk. terharu sangat!

No comments:

Post a Comment

have a sweet day!